Tuesday, September 17, 2019

PERTANDINGAN PENGURUSAN SPBT 
DAN KECERIAAN BOSS



SIJIL PENGHARGAAN 
NAIB JOHAN 
PERTANDINGAN ANUGERAH 
PENGURUSAN SPBT CEMERLANG 
SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAN 
PERINGKAT WILAYAH BANGSAR DAN PUDU 
TAHUN 2018

Alhamdulillah di atas Nikmat dan Kurniaan Allah SWT. Semoga anugerah ini menjadi pemangkin semangat untuk terus mengejar kecemerlangan pada masa akan datang.


Alhamdulillah wasyukrillah.............

PROJEK KITAR SEMULA 
BAHAN TERBUANG

Sempena bulan kemerdekaan yang disambut selama sebulan di semua sekoalah seluruh Malaysia, Unit Skim Pinjaman Buku Teks Sekolah Kebangsaan Cochrane Perkasa telah mengambil peluang untuk mengadakan " Projek Kitar Semula Bahan Terbuang " dengan kerjasama Unit Kokurikulum SK Cocrane Perkasa dan panitia Reka Bentuk dan Teknologi.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk :

1. Melahirkan murid dan warga SK Cochrane Perkasa yang mencintai alam sekitar dan menjaga kebersihan

2.  Melahirkan murid dan warga SK Cochrane Perkasa yang tidak suka membazir 

3.  Melahirkan murid dan warga SK Cochrane Perkasa yang  cintakan negara

4. Mencungkil bakat mereka cipta dari kalangan murid

5. Memupuk semangat kerjasama dan setiakawan dikalangan murid

Hasil daripada Projek Kitar Semula ini beberapa ikon merdeka telah berjaya dicipta oleh murid. Antaranya ialah seperti gambar di bawah.




Menara KLCC


Menara Kuala Lumpur



Bangunan Parlimen

Di samping itu juga murid telah mereka cipta meja daripada tayar terbuang dan sofa daripada tin biskut.



Sofa Tin dan Meja Taya

Hasil reka cipta ini telah dipamerkan di Laman SPBT SK Cochrane Perkasa sepanjang sambutan Bulan Kemerdekaan berlangsung.



PAMERAN HASIL REKA CIPTA 
DI LAMAN SPBT







ENROLMEN MURID BERAKHIR 
FEBRUARI 2019



ENROLMEN MURID BERAKHIR FEBRUARI 2019



SUDUT-SUDUT 

BOSS SK COCHRANE PERKASA





Sudut-sudut yang terhasil adalah natijah daripada kerjasama ahli jawatankuasa Unit Skim Pinjaman Buku Teks SK Cochrane Perkasa. Semoga dengan adanya sudut-sudut informasi ini dapat memberikan sedikit ilmu pengetahuan kepada guru-guru, murid dan seluruh warga SK Cochrane Perkasa tentang kepentingan buku teks 

" BERSATU KITA TEGUH BERCERAI KITA ROBOH "

" NAK SERIBU DAYA TAK NAK SERIBU DALIH "

CARTA ORGANISASI
UNIT SKIM PINJAMAN BUKU TEKS
SK COCHRANE PERKASA
TAHUN 2019




CARTA ORGANISASI
KELAB / PENGAWAS SKIM PINJAMAN BUKU TEKS
SK COCHRANE PERKASA
TAHUN 2019




Monday, September 16, 2019

YANG PENTING KERJASAMA, INILAH HASILNYA WALAUPUN TAK SEBERAPA

Setelah beberapa hari berganding bahu maka terhasillah beberapa pembaharuan keceriaan BOSS SK Cochrane Perkasa. Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada sahabat dunia akhirat  Nazir, Lah, Shamda, Reduan dan Syahrin kerana sanggup bersama-sama membantu demi sebuah perjuangan yang tidak berkesudahan. Terima kasih sahabat.........


Sudut paparan gambar kenangan aktiviti unit SPBT


Mural kata-kata Hkmah




TAMBAH BAIK 
KECERIAAN BILIK BOSS SKCP

__________________________________

Alhamdulillah.... segala pujian selayaknya hanya kepasa Allah SWT kerana telah memberikan kejutan kepada Unit SPBT SK Cochrane Perkasa. Rentetan daripada penyertaan ke Pertandingan Pengurusan BOSS pada tahun 2018 dan telah mendapat tempat kedua, maka pada tahun ini Unit SPBT SK Cochrane Perkasa  telah terpilih untuk mewakili Zon Pudu ke Pertandingan Pengurusan SPBT   peringkat Negeri.

Unit SPBT SK Cochrane Perkasa dengan sokongan dan kerjasama daripada pihak pentadbir dan semua guru-guru SKCP telah sama-sama bertungkus lumus menambah keceriaan Bilik BOSS.



Ustaz Nazir yang sentiasa memberikan idea yang bernas. Terima kasih Nazir sentiasa membantu.


Ustaz Abdullah, sahabat seperjuangan. Pakar Khat SKCP. 


Ustazah Shamda yang sentiasa memberikan sokongan kepada hamba. Tq kawan.


Cikgu Syahrin, yang tak ada kena mengena pun dengan SPBT. Terima kasih kerana membantu.